Skip to playerSkip to main content
Farid Abu Auliya didakwa miliki gambar bogel, video lucah

Seorang bekas penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat, atas dua pertuduhan memiliki gambar bogel dan video lucah dalam dua telefon bimbitnya, tahun lalu.

Faridul Firdaus Zaulkapli, 40, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Farid Abu Auliya membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Cynthia Noor Haizean Sulaiman.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795854/berita/semasa/farid-abu-auliya-didakwa-miliki-gambar-bogel-video-lucah

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #UstazFaridAbuAuliya

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang bekas penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistret Sya'alam pada Jumaat
00:05atas dua pertuduhan memiliki gambar bogil dan video lucah dalam dua telefon bimbitnya tahun lalu.
00:13Faridul Firdaus Zaul Kapli, 40 tahun yang lebih dikenali sebagai Ustaz Farid Abu Awliya,
00:19membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Sintian Norhaizian Sulaiman.
00:26Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa kepada sebelas anak itu didakwa ada dalam milikannya telefon bimbit jenis Galaxy S23 Ultra dan
00:35Honor X9C yang mengandungi gambar bogil dan video lucah.
00:40Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 292 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika
00:50sabit kesalahan.
00:51Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.
00:58Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 27 Oktober depan.
Comments

Recommended