Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Bank-bank dan syarikat insurans China meningkatkan sokongan kewangan serta perkhidmatan kepada perniagaan yang terjejas akibat tanah runtuh yang melanda pelabuhan sempadan Gyirong di Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bank-Bank dan syarikat insurans China meningkatkan sokongan kewangan serta perkhidmatan kepada perniagaan yang terjejas akibat tanah runtuh yang melanda
00:09pelabuhan sempadan Girong di wilayah autonomi Sizang, barat daya China.
00:15Menurut pentadbiran kawal selia kewangan negara, Bank-Bank meluluskan kredit berjumlah 79 juta yuan atau 11.65 juta dolar Amerika
00:25kepada perniagaan terjejas akibat bencana serta syarikat yang membantu usaha bantuan bencana dan membekalkan barangan keperluan.
00:35Mereka turut menyalurkan 32 pinjaman berjumlah 53.53 juta yuan atau 8 juta dolar kepada perniagaan dan individu berkaitan.
00:45Sokongan itu diberikan ketika aktiviti perdagangan rentas sempadan dan sektor pelancongan di kawasan berkenaan bergelut untuk bertahan sesulan bencana tersebut.
00:56Bencana itu turut memberi kesan kepada sektor pelancongan dan bagi sektor perhotelan, impak turut dirasai setemerta.
01:03Pada 4 September lalu, Ketua Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan NDRRME Nepal, Dharmaraj Operati berkata,
01:14kerugian akibat banjir kilat dan tanah runtuh dasyat yang melanda Nepal dianggarkan mencecah sekurang-kurangnya 387.5 bilion rupiah Nepal
01:24atau 2.56 bilion dolar.
01:27Katanya anggaran awal itu meliputi kerosakan kepada harta benda, perumahan dan infrastruktur utama negara.
01:34Menurutnya, kos bagi tempoh 4 bulan pertama pemulihan awal termasuk pembinaan semula jalan raya, penyediaan penempatan sementara, bekalan air minuman
01:43dan pemulihan bekalan elektrik dianggarkan berjumlah 52.6 juta dolar.
01:49Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended