Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kulim atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelaki tirinya tahun lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang pemandu lori dihadapkan ke mahkamah Session Kulim atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelaki tirinya tahun lalu.
00:10Tertuduh yang berusia 33 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Jamaliah Abdul Manap.
00:20Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat orang anak itu melakukan amang seksual fizikal ke atas anak lelaki tirinya kini berusia 17
00:28tahun.
00:29Perbuatan itu dilakukan antara 3 Oktober 2025 hingga 13 Oktober 2025 kira-kira jam 1 pagi di sebuah rumah di
00:38daerah Kulim.
00:40Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 kurungan di akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum bawah akta
00:49yang sama.
00:50Jika sahabat kesalahan tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.
00:57Pendawaan dikendalikan timbalan pendawa raya Nur Fitrah Safar manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan J.G. Khameni.
01:08Pihak pendawaan tidak menawarkan jaminan atas faktor keselamatan manangkan tertuduh dan mangsa tinggal serumah.
01:15Bagaimanapun, Khameni memohon mahkamah mengenakan jaminan dengan kadar minimum, berikutan tertuduh merupakan pencari nafkah keluarga dan isteri tidak bekerja.
01:27Katanya kes itu dilaporkan pada Desember tahun lalu, namun sepanjang kira-kira 9 bulan berkenaan tidak berlaku sebarang isu keselamatan
01:34antara mansa dan tertuduh yang masih tinggal bersama termasuk pengadu yang juga isteri tertuduh.
01:40Pengadu pula menarik balik laporan dibuat kepada pihak berkuasa pada 12 Januari 2026, beberapa hari selepas laporan pertama.
01:50Selain itu, tertuduh juga hadir ke mahkamah ditemani isteri menunjukkan tiada isu membabitkan keselamatan.
01:57Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh dijamin.
02:01Mahkamah kemudiannya menetapkan 22 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
02:06Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended