Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Khidmat kaunseling dalam situasi membabitkan kehilangan nyawa memerlukan persediaan rapi, terutama kerana keluarga mangsa berada dalam keadaan hiba dan sedih.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atau KPWKM bersiap sedia menyediakan hidmat kaunseling kepada keluarga lima mangsa nahas helikopter di
00:09Longdelang, Baram, Sarawak.
00:12Menterinya, Datuk Seri Nancy Syukri berkata pihak kementerian sudah bersiap siaga dari aspek kaunseling, namun keadaan ketika ini masih terlalu
00:20awal untuk tindakan berkenaan dilakukan.
00:25Menurut Nancy, hidmat kaunseling dalam situasi membabitkan kehilangan nyawa memerlukan persediaan rapi terutama ketika keluarga mangsa berada dalam keadaan hibah
00:34dan sedih.
00:35Memang seperti biasa, memang kami sudah bersiap sedia untuk dari segi kaunseling. Sebab bila kita nak memberikan kaunseling ini, kita
00:42sendiri perlu bersedia dengan apa yang kita nak cakap.
00:45Ini perkara bukan perkara yang mudah saja. Ia melibatkan nyawa dan keluarga dalam keadaan yang begitu hibah, sedih. Jadi, yang
00:59menjadi kaunselor itu adalah perlu orang yang betul-betul memahami keadaannya.
01:06Apa yang kita lakukan, kita memang sudah bersiap siaga dalam hal ini.
01:10Tambah Nancy, KPWKM akan terus bersiap sedia memberikan sokongan psikologi dan kaunseling kepada keluarga mangsa apabila diperlukan terutama dalam menghadapi
01:20kesan emosi sesuatu tragedi berkenaan.
01:24Beliau berkata demikian ketika ditemui keselepas merasmikan Program Toleransi Sifar Keganasan Semporna Anjuran KPWKM menerusi Jabatan Pembangunan Wanita di Semporna
01:35pada Khamis.
Comments

Recommended