Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Hasil pemantauan mendapati, debu-debu berkenaan bergerak ke kawasan lautan terbuka dan bukannya ke arah Semenanjung, Sabah atau Sarawak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Meteorologi Malaysia, MAT Malaysia mengesahkan tiada bukti menunjukkan debu beracun daripada letusan gunung berapi di Indonesia
00:08berhentasi ruang udara negara seperti yang tular di bidah sosial.
00:12Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, MAT Malaysia, Dr. Muhammad Hisham Muhammad Anik berkata
00:16hasil pemantauan mendapati debu-debu berkenaan bergerak ke kawasan lautan terbuka dan bukannya ke arah semenanjung, Sabah atau Sarawak.
00:27Jelas Muhammad Hisham berdasarkan pemantauan semasa, abu gunung berapi termasuk daripada letusan gunung anak Krakatau
00:34dikesan bergerak ke arah lautan Hindi di barat Laut Sumatera.
00:39Justeru beliau menggesa orang ramai terutama jago cyber supaya menghentikan penyebaran maklumat tidak sahih untuk mengelakkan panik.
00:47Tambahnya letusan gunung berapi atau gempa bumi dengan fenomena El Nino yang melanda negara
00:52tidak berkait dengan kebetulan berlaku pada tempoh sama.
00:56Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program Fokus 30 bertajuk Super El Nino,
01:02Kesan Kepada Negara, terbitan bernama Radio.
01:06Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa gas sulfur dioksida memasuki ruang udara negara,
01:12susulan letusan terbaru gunung anak Krakatau dengan paparan imej model atmosfera berwarna merah
01:18dan jingga serta menggesa orang ramai memakai pelitup muka.
01:22Gunung anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda mengalami episod letusan berterusan
01:27kira-kira 25 jam bermula 11.07 malam 4 September dan berakhir 12.04 tengah malam 6 September.
01:35Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended