00:00Sekurang-kurangnya dua orang maut, manakala 58 lagi cedera dalam letupan di sebuah berik tentera di Vianca, Bolivia pada Jumaat.
00:09Menteri Pertahanan Bolivia Ernesto Justiniano berkata letupan berlaku pada pukul 2.30 petang waktu tempatan
00:17selepas bahan piroteknik meletup di kediaman yang menempatkan sebuah regimen artileri.
00:28Bagaimanapun, Pegawai Kesihatan Tempatan Rita Nebraska berkata jumlah korban dipercayai lebih tinggi
00:33dengan antara 10 hingga 15 orang di kuateri maut dalam kejadian itu.
00:38Pasukan kecemasan kini giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan runtuhan.
00:43Pihak berkuasa juga memaklumkan puluhan rumah berhampiran mengalami kerosakan,
00:47terutamanya tingkap yang pecah akibat gelombang kejutan daripada letupan.
00:51Juru cakap polis Roger Rocca berkata stok bunga api disimpan di dalam kediaman tentera berkenaan
00:56dipercayai menjadi punca letupan namun perkara tersebut masih dalam siasatan.
01:01Pihak berkuasa Viacar mengisytiharkan tempoh berkabung selama 3 hari sesulan tragedi berkenaan.
Comments