00:00Pasukan penyelamat Cina terus bertungkus lumus menjalankan operasi mencari mangsa yang hilang di Girong, wilayah Shijang selepas banjir besar yang
00:08melanda minggu lalu.
00:09Lebih 60 anggota penyelamat mengambil masa hampir 10 jam meredah kawasan berbukit dan laluan sukar untuk tiba di kawasan paling
00:16teruk terjejas berhampiran pelabuhan Girong.
00:21Menurut pihak berkuasa, operasi pencarian telah dilaksanakan beberapa kali dalam radius kira-kira 1.7km dari lokasi utama kejadian.
00:31Kesan kemusnahan akibat bencana itu masih jelas kelihatan dengan lering-lering batu terdedah menadakan laluan yang dilalui banjir lumpur dan
00:39serpihan.
00:40Pihak penyelamat menganggarkan paras aliran banjir mencecah lebih 60 meter bersamaan ketinggian bangunan 20 tingkat.
00:47Cuaca buruk menyukarkan operasi apabila hujan lebat pada waktu malam menyebabkan anggota penyelamat tidak dapat mendirikan kemah dan terpaksa bermalam
00:55di kawasan terbuka.
00:57Komander operasi dari pasukan Lhasa Kor Bergerak Bomber dan Penyelamat Sichuan, Zhou Minqi berkata, pasukannya akan terus menjalankan tugas walaupun
01:05berdepan keadaan yang mencabar.
01:07Sementara itu, seorang lagi anggota penyelamat berkata, operasi kini memasuki fasa pencarian lebih mendalam bagi memastikan tiada mangsa yang terlepas
01:15daripada usaha pengesanan.
01:16Setakat jam 6 petang Sabtu, kerajaan wilayah Sijam melaporkan 16 orang terbunuh dan 546 lagi masih hilang di bahagian China
01:25akibat bencana tersebut.
01:27Di Nepal pula, pihak berkuasa Nasional Pengurangan Risiko dan Pengundusan Bencana maklumkan, sebanyak 734 mayat telah ditemukan setakat ahad pagi,
01:36manakala 2,498 individu masih dilaporkan hilang.
Comments