Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Sepuluh pengunjung cedera ringan selepas terbabit dalam kemalangan roller coaster di sebuah taman tema di Subang Jaya, Selangor, pada Sabtu malam.

Category

🗞
News
Transcript
00:0010 pengunjung cedera selepas terbabit dalam kemalangan rollercoaster di sebuah taman tema di Subangjaya, Selangor pada Sabtu malam.
00:08Ketua Polis Daerah Subangjaya, Assistant Commissioner Wan Azlan Wan Mamad berkata,
00:13kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika 22 pengunjung menaiki rollercoaster berkenaan.
00:20Menurut Wan Azlan, mereka terdiri daripada warga tempatan dan pelancong dari luar negara, berusia antara 11 dan 44 tahun.
00:27Mangsa yang cedera dibawa ke pusat perubatan sekitar Subangjaya untuk mendapatkan rawatan.
00:32Wan Azlan berkata, kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
00:38Kata beliau, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.45 pagi pada Ahad.
00:44Dan menurutnya, polis masih menjalankan siasatan untuk mengenalpasti punca kejadian.
00:50Subungan itu, beliau menasihatkan masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
00:55Sementara itu, menerusi komen di media sosial, seorang pengguna yang menggunakan nama Nurul Aizam mendakwa,
01:02suami dan empat anaknya, antara enam individu yang berada dalam rollercoaster berkenaan ketika kejadian.
01:09Seorang lagi pengguna mendakwa, rollercoaster itu bergerak laju sebelum berhenti secara mengejut ketika menuruni laluan.
01:15Menurutnya, keadaan itu disusuli bunyi seperti besi patah sebelum permainan berkenaan berhenti secara mengejut.
Comments

Recommended