Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Penggantian AUKU memerlukan penelitian menyeluruh kerana akta itu merangkumi urus tadbir, akademik dan pentadbiran universiti. Kerajaan meneliti kerangka perundangan baharu yang lebih komprehensif untuk pendidikan tinggi negara.
Transcript
00:00Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU 1971 bukan sekadar melibatkan kepentingan mahasiswa, sebaliknya memerlukan penelitian menyeluruh terhadap kerangka perundangan
00:12pendidikan tinggi sebelum akta baru digubal bagi menggantikannya.
00:16Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zamri Abdul Qadir berkata penelitian itu perlu dibuat secara menyeluruh kerana AUKU merupakan akta
00:25utama yang bukan sahaja mengandungi peruntukan berkaitan mahasiswa, malah meliputi penubuhan dan perjalanan universiti urus takbir, akademik serta pentadbiran.
00:38Jelasnya AUKU sekarang ini ada 44 seksyen yang mencakupi aspek penubuhan universiti, urus takbir universiti, kedudukan akademik, ahli-ahli akademik,
00:46pentadbir dan lain-lain dengan tujuh seksyen berkaitan dengan mahasiswa daripada 44 itu.
00:51Dalam konteks mahasiswa, Perdana Menteri Datuk Siwan Ibrahim memberi penekanan supaya pihaknya melihat aspek yang menjadi kekangan.
00:57Zamri berkata penelitian itu perlu dibuat secara menyeluruh dengan mengambil kira aspek kebebasan dan hak ahli akademik serta kekangan dihadapi
01:05selain keperluan pentadbir, mahasiswa, urus takbir institusi serta perundangan lain berkaitan sistem pendidikan tinggi negara.
01:12Beliau berkaitan akta baharu yang bakal diperkenalkan perlu menjadi kerangka perundangan utama yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan tinggi negara bukan
01:20sahaja untuk memenuhi keperluan semasa tetapi juga masa depan.
01:23Katanya jawatan kuasa bebas yang diumumkan sebelum ini membolehkan pelbagai pandangan dikemukakan dalam proses penelitian itu selaras dengan pendirian kerajaan
01:32untuk mendengar pandangan semua pihak sebelum memutamatkan kerangka perundangan baharu berkenaan.
01:36Ahad lepas, Zamri berkata kerangka perundangan pendidikan tinggi negara yang lebih komprehensif bagi menggantikan AUKU telah digariskan dalam Rancangan Pendidikan
01:44Tinggi Malaysia 2026 hingga 2035 dan usaha itu sebahagian daripada agenda pembentukan akta 1 Pendidikan Tinggi yang dilancarkan Januari lepas.
01:54Terima kasih.
Comments

Recommended