Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Diiringi konvoi kenderaan Jabatan Penjara dan polis, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di kediamannya di Jalan Langgak Duta tepat 9.30 malam bagi memulakan perintah tahanan rumah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di kediaman peribadinya di nombor 11 Jalan Langgak Duta, Taman Duta,
00:07tepat jam 9.30 malam, Selasa, bagi memulakan pelaksanaan hukuman tahanan di rumah.
00:14Kenderaan yang membawa beliau tiba dengan kawalan ketat susulan penyelesaian proses dokumentasi pelepasan pada petang Selasa.
00:22Sebaik sahaja kenderaan melintasi pintu pagat utama kediaman, segelintir penyokong mula melawangkan surakan bosku bagi menyambut ketibaan beliau.
00:32Kawalan keselamatan di sekitar laluan masuk kediaman berkenaan dilihat bagi memastikan kelancaran pergerakan serta mengawal situasi persekitaran yang turut dipenuhi
00:44pengamal media.
00:45Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang Selasa membatalkan sepenuhnya perintah pelepasan atas pembayaran denda atau Order of Discharge on
00:54Payment of Fine bertarikh 6 November lalu.
00:57Hakim Dato' Aslam Zainuddin dalam proseding klarifikasi di mahkamah terbuka menggantikannya dengan suatu perintah baharu yang secara spesifik mengarahkan Najib
01:08menjalani baki hukuman penjara 6 tahun yang telah dikurangkan itu secara tahanan di rumah di alamat langgak duta.
01:15Perintah terkini tersebut selaras dengan perintah pengampunan besarat yang diperkenankan ke bawah duli yang mahamulia Seri Paduka Baginda yang dipertuan
01:24agung Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
01:27Terima kasih.

Recommended