00:00Legasi Allahyurham Tun Abdul Razak Hussein bukan sekadar dasar dan institusi yang diwujudkannya, tetapi turut berangkumi nilai peribadi, nasionalisme, integriti,
00:13serta pendekatan kepimpinannya yang wajar dijadikan pengajaran oleh pemimpin negara masa depan.
00:19Pengerusi Yayasan Tun Razak, Tan Sri Nazir Razak berkata, legasi bekas Perdana Menteri Kedua itu boleh dibahagikan kepada dua aspek,
00:29iaitu legasi tersurat yang merangkumi dasar dan institusi serta legasi tersirat yang melibatkan nilai dan prinsip peribadi.
00:40Walaupun dasar dan institusi yang diwujudkan Tun Razak mungkin bersesuaian dengan keperluan pada zaman itu, nilai-nilai yang dipegang beliau
00:49kekal penting untuk dijadikan panduan.
00:53Ialah legasi yang tersirat, the intangibles, seperti nilai-nilai dia sebagai seorang individu, dia punya nasionalisme, dia punya integriti, itu
01:06penting.
01:06Dan keduanya, cara kepimpinan dia, macam mana dia menanyani masalah, macam mana dia membawa orang mengikut jalan atau misi dia
01:20dan lain-lain.
01:21Itu saya ingat ada banyak pelajaran untuk pemimpin negara masa depan.
01:27Nazir berkata, pengalaman hidup Tun Razak yang pernah melalui kesusahan ketika muda, turut membentuk keprihatinannya terhadap nasib golongan miskin.
01:38Ujanya, walaupun berasal daripada keluarga aristokrat, Tun Razak membesar bersama datuknya dan pengalaman itu menjadikan Tun Razak memahami realiti kehidupan
01:48golongan kurang berkemampuan.
01:50Jadi dia faham situasi orang miskin dan dia memang fikir agenda kemerdekaan ini mesti diikuti dengan pembangunan, dengan pembangunan kemiskinan.
02:09Itu penting kepada Tun Razak.
02:11Nazi turut menyifatkan hubungan Tun Razak dengan Tunku Abdul Rahman sebagai sangat rapat, malah kedua-duanya mempunyai pendekatan kepimpinan yang
02:21saling melengkapi.