00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump umum tekanan ekonomi terbesar terhadap Iran dan memberi amaran kepada mana-mana negara yang terus
00:07membantu Tehran.
00:08Menerusi satu antaran di platform True Social, Trump mendakwa Iran gagal memanfaatkan peluang untuk mencapai persetujuan dengan Washington walaupun diberikan
00:16ruang untuk berunding.
00:21Beliau berkata Amerika Syarikat kini akan melaksanakan pendekatan yang disifatkan sebagai perang ekonomi dan pengasingan pada skala yang benar-benar
00:28berlaku sebelum ini terhadap Republik Islam itu.
00:32Trump turut mendakwa kemampuan ketenteraan Iran telah terjejas teruk, manakala ekonominya berada dalam keadaan yang amat lemah.
00:38Dalam kenyataan yang sama, beliau memberi amaran bahawa sebarang negara yang membenarkan institusi keuangan, syarikat, lapangan terbang atau agensi kerajaan
00:46mereka membantu Iran akan dikenakan tindakan ekonomi oleh Washington.
00:50Beliau secara khusus menyebut aktiviti seperti penyeludupan minyak, pemindahan wang tunai, talian pertukaran keuangan, pendaftaran kapal serta penggunaan syarikat proksi
00:59perlu dihentikan segera.
01:01Bagaimanapun, Trump tidak memperincikan bentuk tindakan yang akan diambil dan tidak menamakan mana-mana negara secara khusus.
01:08Beliau turut menggesa sekutu AS supaya menyokong usaha pengasingan Iran daripada sistem ekonomi antarabangsa.
01:15Menurut Trump, langkah tersebut bertujuan mengekang kemampuan Tehran untuk membiayai aktiviti yang dianggap mengancam keselamatan serantau dan global.
Comments