Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Presiden Colombia Abelardo De La Espriella mengesahkan angka korban gempa bumi 7.4 magnitud meningkat kepada 314 orang dengan lebih 4,400 mangsa cedera. Kerajaan turut merancang mengisytiharkan Darurat Ekonomi bagi membiayai operasi pemulihan dan pembinaan semula.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Angka korban akibat gempa bumi 7.4 magnitude yang melanda Colombia lebih seminggu lalu meningkat kepada 314 orang.
00:08Presiden Colombia, Abelardo de la Espriella berkata, seramai 4,437 orang cedera, manakala 262 lagi masih hilang.
00:19Gempa bumi yang berpusat di San Jose del Palma menyebabkan kemusahan besar terhadap kediaman dan infrastruktur awam.
00:26Menurut kerajaan Colombia, sebanyak 30,664 rumah musnah, manakala 302 bangunan runtuh akibat gegaran kuat tersebut.
00:35Kerosakan telah dilaporkan dari Pelabuhan Pasifik Buonaventura hingga ke beberapa bandar utama termasuk Cuibdo, Cali, Pereira dan Manizales.
00:44Bencana itu merupakan cabaran besar pertama yang dihadapi de la Espriella sejak mengambil alih jawatan presiden baru-baru ini.
00:51Selain menguruskan operasi bantuan kecemasan dan pembinaan semula, kerajaan turut berdepan tekanan fiskal termasuk defisit keuangan dan kekurangan peruntukan belanjawan.
01:00Bagi memastikan dana mencukupi untuk operasi pemulihan, bila berkata akan mencetiharkan darurat ekonomi dalam masa terdekat.
01:06Langkah itu bertujuan membolehkan kerajaan memperoleh pembiayaan tambahan serta mempercepatkan usaha bantuan dan pembinaan semula kawasan yang terjejas.
01:14Rancangan untuk mengurangkan perbelanjaan terhadap program yang dianggap bukan keutamaan daripada pentadbiran terdahulu turut diumumkan selain mencari sumber pembiayaan tambahan.
01:23Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa golongan paling terdedah dan miskin tidak akan terjejas oleh sebarang pelarasan perbelanjaan kerajaan.
01:32Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa golongan dan pembinaan semula kerajaan.
Comments

Recommended