Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Tumpuan KWSP kekal untuk memberikan pulangan jangka panjang yang mampan, disokong portfolio yang berdaya tahan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kumpulan wang simpanan pekerja KWSP merasihatkan ahlinya supaya tidak meletakkan jangkaan terlalu tinggi bagi separuh kedua 2026 dengan peluang pasaran
00:09kukuh yang menyokong prestasi pelaburan pada separuh pertama tahun ini mungkin tidak berulang berikutan peningkatan risiko pasaran dan geopolitik.
00:17Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Ahmad Zulkarnain On berkata dana itu berjaya memanfaatkan prestasi kukuh pasaran ekuiti global sambil mengekalkan pendekatan
00:27pelaburan berdisiplin dan berorientasikan jangka panjang.
00:31Beliau berkata KWSP akan terus mengambil pendekatan berhati-hati memasuki separuh kedua tahun 2026 dengan mempercepatkan pengiktirafan pendapatan pada suku
00:43kedua 2026 sama seperti yang dilakukan pada suku pertama berikutan risiko pasaran dan geopolitik yang kekal tinggi.
00:52Menurutnya, tumpuan KWSP kekal untuk memberikan pulangan jangka panjang mampan disokong portfolio berdaya tahan.
01:00Dalam konteks pelaburan institusi, mempercepatkan pengiktirafan pendapatan merujuk kepada tindakan merealisasikan dan mengunci keuntungan pelaburan lebih awal dalam tahun kewangan.
01:12Ia bagi memastikan pulangan serta melindungi portfolio daripada jangkaan turun naik pasaran atau risiko geopolitik pada tempoh berikutnya.
01:21KWSP merekodkan pendapatan pelaburan berjumlah RM57.5 bilion bagi tempoh 6 bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48% daripada
01:35RM38.92 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya.
01:39Jumlah itu merangkumi keuntungan dan kerugian belum direalisasikan berdasarkan nilai pasaran sekuriti yang sebahagian besarnya berpunca daripada turun naik kadar
01:50pertukaran asing dan tidak boleh diagihkan sebagai dividen.
01:54Bagi suku kedua sahaja, pendapatan pelaburan meningkat 44% tahun ke tahun kepada RM29.77 bilion berbanding RM20.61 bilion
02:07dengan ekuiti kekal sebagai penyumbang terbesar.
02:10Pendapatan daripada ekuiti melonjak 52% kepada RM20.94 bilion berbanding RM13.77 bilion sebelum ini, menyumbang 70% daripada
02:24keseluruhan pendapatan pelaburan suku berkenaan.
02:26Pelaburan dalam hartanah dan infrastruktur pula menyumbang RM1.3 bilion, manakala instrumen pasaran wang menjana RM620 juta.
02:37Jumlah aset pelaburan KWSP berjumlah RM1.54 triliun setakat 30 Jun dengan 39% daripadanya dilaborkan di peringkat global.
Comments

Recommended