00:00Ribuan penduduk di Pulau Flores, Indonesia masih menunggu bantuan selepas beberapa komuniti terputus hubungan
00:06akibat gempa kuat yang melanda Nusa Tenggara Timur pada Sabtu.
00:11Mangsa yang kehilangan tempat tinggal memerlukan bekalan makanan ubat-ubatan dan air bersih dengan segera.
00:19Ramai penduduk terpaksa berkemah di luar kediaman yang runtuh dan bermalam di bawah kemah kanvas kerana bimbang gempa susulan.
00:26Usaha menyalurkan bantuan ke komuniti terjejas berdepan cabaran susulan jalan yang curam dan terhalang akibat tanah runtuh.
00:34Petugas bantuan hanya berjaya tiba di Pulau Paluwe, antara kawasan paling hampir dengan pusat gempa pada lewat ahad selepas melalui
00:41perjalanan sukar menerusi laut dan darat.
00:44Hampir 1,500 anggota tentera dan polis sudah dikerahkan ke zon bencana dengan sokongan 10 pesawat untuk mengagihkan 275 tan
00:52bantuan.
00:53Dua hospital medan turut didirikan di Ruteng selepas kemudahan kesihatan tempatan mengalami kerosakan.
01:00Gempa itu meragut sekurang-kurangnya 68 nyawa, mencederakan 213 individu dan merosakkan lebih 1,300 kediaman.
01:08Kira-kira 5,000 penduduk kini berlindung di pusat penempatan sementara manakala darurat bencana selama 14 hari diisytiharkan di Nusa
01:15Tenggara Timur.
Comments