00:00Lembaga Tabung Haji TH menyambut baik langkah kerajaan untuk meminda Akta Tabung Haji 1995 selaras dengan Syur Surhanjaya Sesatan Diraja
00:10RCI bagi memperkukuh tata kelola dalam memastikan amanah yang dipertanggungjawabkan terus terpelihara.
00:16TH memaklumkan sebagai sebuah institusi kewangan Islam yang menguruskan simpanan umat Islam untuk menunaikan haji, TH komited untuk terus memperkukuh
00:26takbir urus, ketelusan dan integriti demi menjaga kepentingan pendeposit serta kelestarian institusi.
00:33Katanya TH akan terus menyokong setiap usaha penambahbaikan bagi memperkukuh kepercayaan pendeposit dan memastikan amanah ini terus terpelihara untuk generasi
00:42akan datang.
00:43Pada ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran Facebook berkata kerajaan akan melaksanakan pindaan terhadap Akta TH 1995,
00:53Akta 535 bagi memastikan amanah umat Islam terus dipelihara.
00:58Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pindaan itu antara langkah kerajaan madani dalam memperkukuh tata kelola dan memastikan setiap kelemahan
01:06institusi diperbetul dengan tegas.
Comments