Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Ruang kepada penambahbaikan sistem percukaian negara adalah terbuka dengan menggabungkan ciri tertentu dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi mewujudkan sistem progresif dan efisien, ujar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Transcript
00:00Ruang kepada penambahbaikan sistem percukaian negara adalah terbuka dengan menggabungkan ciri tertentu dalam cukai jualan dan perkhidmatan SST dan cukai
00:10barang dan perkhidmatan GST bagi mewujudkan sistem progresif dan efisien.
00:16Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata, walaupun GST pernah disifatkannya sebagai sistem percukaian yang telus, namun sifat cukai itu
00:24melibatkan asas percukaian luas, turut menimbulkan persoalan dari sudut beban terhadap rakyat.
00:32Bagaimana saya mengajukan satu cadangan, sistem percukaian yang semua harus bayar, walaupun kecil dia punya kadar percukaiannya?
00:50Itu saja. Tetapi apakah kita hanya harus bergantung kepada SST seperti mana sekarang?
00:55Tidak. Sebab ada juga kelemahan dia. Jadi bagaimana kita boleh gabung kedua sistem ini mencari jalan yang baru dalam menentukan
01:07sistem percukaian yang lebih progresif dan lebih efisien.
01:12Perdana Menteri turut menegaskan sebarang perubahan terhadap sistem percukaian perlu mengambil kira realiti kosar hidup dan kedudukan golongan berpendapatan rendah
01:20serta sederhana.
01:21Sebut tadi, pangkal ini masih SST. Tapi kalau ada beberapa ciri yang boleh kita lukis, maka itu percukaian.
01:30Tapi saya tidak mengatakan asal satu hal. Saya tidak mahu cukai atas rakyat.
01:36Karena menurut seperti mana pangkal pandangan dalam GST. GST ini broad-based text. Kita cukai semua rakyat. Saya tak setuju.
01:48Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Selibat Urus Belanjawan 2027 di Putrajaya pada Selasa.
Comments

Recommended