Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Satu kawasan di Johan Setia, Selangor masih catat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 11 pagi Selasa.
Transcript
00:00Indeks pencemaran udara IPU semakin pulih hari ini apabila hanya satu kawasan catat bacaan tidak sihat.
00:07Menurut data portal sistem pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia, APIMS,
00:12setakat 11 pagi, hanya Johan Setia merekodkan bacaan IPU tidak sihat, iaitu 157.
00:18Sementara itu, 3 kawasan catat bacaan IPU baik, manakala 64 kawasan catat bacaan IPU, sederhana.
00:25Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat,
00:34201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.
00:42Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
00:50Sebelum ini, media melaporkan keadaan jerebu di Lembah Kelang dan Sarawak semakin pulih susulan cuaca lembab sejak beberapa hari lalu.
Comments

Recommended