Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Jadual peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 dijangka diumumkan petang ini selepas mendapat persetujuan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, kata Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Mohd Azam Ahmad.
Transcript
00:00Jadual Perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2026 dijangka diumumkan petang ini selepas mendapat persetujuan Menteri Pendidikan Fadlina Siddiq.
00:10Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Azam Ahmad, cadangan penambahbaikan jadual perperiksaan itu akan dibentangkan oleh Timbalan Pengarah Lembaga
00:19Perperiksaan kepada Fadlina hari ini untuk pertimbangan dan kelulusan.
00:25Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas penyirahan bas di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lil Banat di Kota Baru, Kelantan
00:33pada Selasa.
00:34Beliau berkata penyediaan jadual baru itu mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk kebimbangan berkaitan beberapa kertas perperiksaan yang sebelum ini
00:41sering dijadualkan pada penghujung tempoh perperiksaan.
00:44Katanya faktor lain yang turut diteliti ialah monsoon timur laut, kejadian jerebu yang boleh berlaku pada hujung tahun serta tempoh
00:52cuti persekolahan bagi memastikan jadual yang ditetapkan tidak memberikan implikasi kepada Jabatan Pendidikan Negeri JPN, Pejabat Pendidikan Daerah PPD dan
01:01sekolah.
01:02Ujar beliau perkara itu penting supaya sebarang perubahan jadual perperiksaan mengambil kira keadaan pada peringkat negeri dan sekolah serta kepentingan
01:10calon dan ibu bapa.
01:11Mohd Azam berkata dalam pertemuan dengan Menteri Pendidikan pada Isnin, beliau turut memberikan gambaran awal mengenai perubahan yang dicadangkan.
01:19Baru-baru ini tular dalam media sosial mengenai kebimbangan ibu bapa dan calon terhadap tarikh suatu jadual perperiksaan SPM 2006
01:27dengan ada yang mempersoalkan kelewatan pengumuman jadual berkenaan.
Comments

Recommended