Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
KWSP memaklumkan jumlah pendapatan pelaburan bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 sebanyak RM29.77 bilion, meningkat 44 peratus berbanding RM20.61 bilion pada suku yang sama tahun lepas.
Transcript
00:00Kumpulan wang simpanan pekerja, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM57.50 bilion
00:07bagi tempoh 6 bulan berakhir 30 Jun 2026.
00:12Prestasi itu meningkat 48% berbanding 38.92 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.
00:21KWSP dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu merangkumi keuntungan dan kerugian
00:26belum direalisasikan berdasarkan penilaian mark to market ke atas sekuriti.
00:31Menurut KWSP, ia disebabkan terutamanya oleh turun naik kadar pertukaran asing.
00:37Seperti tahun-tahun sebelumnya, keuntungan dan kerugian belum direalisasikan itu
00:42tidak boleh diagihkan sebagai dividen.
00:45Bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan
00:51sebanyak RM29.77 bilion.
00:53Angka itu meningkat 44% berbanding RM20.61 bilion pada suku yang sama tahun lalu.
01:01Pendapatan daripada ekuiti pula meningkat 52% daripada RM13.77 bilion
01:08pada suku kedua 2025 kepada RM20.94 bilion pada suku kedua tahun ini.
01:16KWSP berkata pemulihan kukuh pasaran ekuiti global sepanjang suku tersebut
01:22memberi peluang kepada pengurus dana merealisasikan keuntungan
01:26sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan pendapatan.
01:29Sentimen pelabur turut bertambah baik apabila kebimbangan terhadap harga tenaga semakin reda.
01:34Pada masa sama keyakinan terhadap kitaran super kecerdasan buatan kekal kukuh.
01:38Ekuiti menyumbang 70% daripada jumlah pendapatan pelaburan bagi suku tersebut.
01:44Instrumen pendapatan tetap pula menyumbang RM6.91 bilion atau 23%
01:49daripada jumlah pendapatan pelaburan pada suku kedua 2026.
01:54Hartanah dan infrastruktur mencatatkan pendapatan sebanyak RM1.30 bilion
01:58pada suku kedua 2026.
02:00Sementara itu, instrumen pasaran wang menjana keuntungan sebanyak RM620 juta
02:05selaras dengan jangkaan pulangan bagi kelas aset masing-masing.
02:10Jumlah aset pelaburan KWSP pada suku kedua 2026
02:13mencecah RM1.54 triliun.
02:17Daripada jumlah itu, 39% dilaburkan di peringkat global.
02:22Pelaburan antarabangsa menjana pendapatan sebanyak RM19.29 bilion.
02:26Ia mewakili 65% daripada jumlah pendapatan pelaburan bagi suku tersebut.
02:32KWSP turut memaklumkan jumlah pendapatan pelaburan bagi simpanan konvensional
02:36adalah RM24.16 bilion.
02:39Manakala simpanan syariah mencetakkan pendapatan sebanyak RM5.61 bilion.
02:45Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Ahmad Zulkarnain On berkata,
02:49KWSP memanfaatkan kekuatan pasaran ekuiti global
02:52sambil mengekalkan pendapatan pelaburan jangka panjang yang berdisiplin.
02:57Menurut beliau, seperti pada suku pertama,
02:59KWSP terus merealisasikan pendapatan lebih awal pada suku kedua
03:03berikutan risiko pasaran dan geopolitik yang masih tinggi.
03:07Beliau berkata, walaupun pasaran ekuiti menyokong prestasi pada separuh pertama tahun ini,
03:12ahli wajar melihat pencapaian tersebut dalam perspektif jangka panjang.
03:16Ini kerana peluang pasaran seperti itu mungkin tidak berulang pada separuh kedua tahun ini.
03:21Tegasnya fokus KWSP kekal untuk menjana pulangan mampan
03:25yang disokong oleh portfolio pelaburan yang berdaya tahan.
Comments

Recommended