00:00Semua sekolah rendah dan menengah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah atau PPD Serian akan beroperasi seperti biasa esok.
00:08Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak JPNS dalam kenyataan memaklumkan sebarang perubahan atau perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
00:18Menurut JPNS, pihak sekolah diingatkan supaya sentiasa mengutamakan kesihatan, kebajikan dan keselamatan murid, guru serta seluruh warga sekolah khususnya ketika
00:30berdepan cuaca panas atau keadaan cuaca yang tidak menentu.
00:33JPNS turut mengarahkan semua sekolah mematuhi prosedur operasi standar yang ditetapkan serta merujuk surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung langkah
00:43kesihatan dan keselamatan murid di kawasan berjerebu yang dikeluarkan pada Januari 2019.
00:49Selain itu, institusi pendidikan di bawah seliaan jabatan tersebut juga dinasihatkan mengikuti garis panduan pelaksanaan aktiviti luar semasa cuaca panas
00:59yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan pada Jun 2023.
01:02Pihak sekolah turut diminta memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara melalui portal rasmi Jabatan Alam Sekitar dan sistem pengurusan Indeks Pencemaran
01:11Udara selain mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan kesejahteraan warga pendidik sentiasa terpelihara.
Comments