00:01Baik dan ini pula adalah perkembangan terkini berkaitan dengan jerubu yang mana tiga kawasan di dua negeri mencatatkan bacaan indeks
00:09pencemaran udara IPU pada tahap tidak sihat setakat empat petang ini dengan dua daripadanya di Sarawak.
00:16Menurut data portal sistem pengurusan indeks pencemaran udara Malaysia, kawasan itu melibatkan IPD Serian yang merekodkan IPU 157 diikuti samarahan
00:27151.
00:28Di Selangor, Johan Setia turut merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat iaitu 124.
00:34Sementara itu, sebanyak 65 stesen di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.
00:42Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik 51 hingga 100 sederhana.
00:48101 hingga 200 tidak sihat, manakala 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.
01:00Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
01:11Seterusnya, semua sekolah rendah dan menengah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah atau PPD Serian akan beroperasi seperti biasa esok.
01:19Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak JPNS dalam kenyataan memaklumkan sebarang perubahan atau perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
01:30Menurut JPNS, pihak sekolah diingatkan supaya sentiasa mengutamakan kesihatan, kebajikan dan keselamatan murid, guru serta seluruh warga sekolah khususnya ketika
01:42berdepan cuaca panas atau keadaan cuaca yang tidak menentu.
01:45JPNS turut mengarahkan semua sekolah mematuhi prosedur operasi standar yang ditetapkan serta merujuk surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung langkah
01:55kesihatan dan keselamatan murid di kawasan berjerebu yang dikeluarkan pada Januari 2019.
02:01Selain itu, institusi pendidikan di bawah seliaan jabatan tersebut juga dinasihatkan mengikuti garis panduan pelaksanaan aktiviti luar semasa cuaca panas
02:11yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan pada Jun 2023.
02:14Pihak sekolah turut diminta memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara melalui portal rasmi Jabatan Alam Sekitar dan sistem pengurusan Indeks Pencemaran
02:23Udara selain mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan kesejahteraan warga pendidik sentiasa terpelihara.
Comments