00:00Mangsa gempa bumi kuat yang melanda Pulau Flores di timur Indonesia terus berdepan kesukaran apabila terpaksa berlindung di kawasan terbuka
00:08sambil menunggu bantuan tiba.
00:10Ketika gempa berukuran 7.7 magnitude melanda wilayah Sika pada Sabtu, Abdul Mutas yang berusia 63 tahun segera membawa 7
00:17ahli keluarganya ke kawasan bukit berhampiran ladang milik mereka selepas amaran tsunami dikeluarkan.
00:24Abdul Mutas bersama keluarganya kini sehelai sepinggang dan masih menanti bekalan asas seperti makanan, air minuman serta tempat perlindungan yang
00:32lebih selesa.
00:34Dia sendiri kerana kami ini di bawah pohon menti. Berarti mungkin tarpalkah, air minum dengan misi apa sekali.
00:47Kebutuhan anak-anak kelasnya.
00:49Anak-anak yang tiba-tiba jangan sampai ada yang sakit perut apa segala macam.
00:54Ini tidur beralaskan tikar dan terpal?
00:56Ini cuma terpal ini.
00:58Seadanya apa?
00:59Seadanya.
01:00Tragedi gempa tersebut di susuli 341 lagi gegaran susulan dan menjadi bencana paling teruk di Indonesia sejak kejadian di Jawa
01:08Barat pada 2022 yang meragut ratusan nyawa.
01:12Menurut agensi pengurusan bencana nasional Indonesia, BNPB, lebih 3,300 penduduk di wilayah Sika dipindahkan atau ditempatkan di pusat perlindungan
01:23sementara termasuk sebuah kompleks sukan.
01:27Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan wilayah Nusa Tenggara Timur sedang mempertimbangkan pengisytiharaan darurat bagi membolehkan lebih banyak sumber dan peruntukan kecemasan
01:37digerakkan ke kawasan terjejas.
01:39Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan wilayah Nusa Tenggara Timur sedang mempertimbangkan pengisytiharaan darurat bagi membolehkan lebih banyak sumber dan peruntukan kecemasan
01:50digerakkan ke kawasan terjejas.
01:53Agensi Geofizik Indonesia memaklumkan kawasan itu pernah dilanda gempa bumi berukuran 7.5 magnitude pada tahun 1992 yang mengakibatkan kemusnahan
02:05besar.
02:05Pihak berkuasa kini meneruskan usaha bantuan dan pemulihan ketika ribuan mangsa masih menunggu keperluan asas disalurkan.
Comments