Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen untuk mempertahankan kestabilan politik negara dengan mengekalkan kerjasama kukuh bersama Barisan Nasional (BN) dan UMNO di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Transcript
00:00Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen untuk mempertahankan kestabilan politik negara dengan mengekalkan kerjasama kukuh bersama Barisan Nasional dan UMNO
00:09di peringkat Kerajaan Persekutuan.
00:11Presiden PKR itu menegaskan asas pembentukan Kerajaan Perpaduan dibina atas kesedaran serta hikmah untuk memulihkan ekonomi negara bukannya berlandaskan kemarahan
00:22maupun emosi politik yang sempit.
00:25Menurut Anwar, hubungan peribadi dengan pimpinan utama parti gabungan termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Premier Sarawak
00:33Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Jinur kekal pada tahap terbaik.
00:39Dan ikut tanya saya, Anwar apa pilihan kamu? Saya pilih kestabilan, saya pilih kemakmuran rakyat melalui pertumbuhan ekonomi dan saya
00:49pilih bekerjasama terus dengan Barisan Nasional dan UMNO di peringkat pusat supaya dua prinsip ini diteruskan.
00:58Tetapi, tanya saya pilihan itu pilihan saya. Pilihan mereka, biar mereka jawab.
01:05Dan kita sebagai satu parti perjuangan, apapun kita bersedia, kalau terpaksa langgar, kita terpaksa langgar.
01:18Tetapi, saya sebutkan tadi, secara waras dan penuh hikmah, harus kita jaga perpaduan ini.
01:27Kerana hubungan peribadi saya dengan Datuk Zahid masih terlalu baik.
01:32Dan saya percaya, kita boleh runding secara baik, secara sahabat dan kita dengar sendiri.
01:40Bila berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan Presiden pada hari kedua Kongres Nasional PKR 2026 di Melaka International Trade Center
01:48di Aikroh pada Ahad.
01:50Mengulas mengenai dinamik politik di peringkat negeri, Anwar mengakui wujud beberapa keputusan mengejutkan kebelakangan ini yang dibuat tanpa pemakluman awal.
01:59Namun menasihatkan agar semua pihak tidak bertindak secara terburu-buru.
Comments

Recommended