Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Polis menahan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes ugutan dan pukul melibatkan aktiviti kutipan wang parkir secara haram berhampiran Dewan Komuniti OUG di Kuala Lumpur.
Transcript
00:00Polis menahan tiga lelaki tempatan berhubung kes ugut dan pukul yang dikaitkan dengan aktiviti kutipan wang parkir secara haram di
00:07Kuala Lumpur.
00:08Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu pada jam 2.38 petang daripada
00:17seorang wanita tempatan berusia 38 tahun.
00:22Kejadian dilaporkan berlaku berhampiran Dewan Komuniti OUG pada Sabtu.
00:27Kata beliau ketika berada di kawasan tersebut, pengadu dimarahi dengan kata-kata kesat oleh suspek sebelum ditumbuk di bahagian kepala.
00:35Pengadu juga mendakwa diugut akan dipukul dan diganggu di tempat kerjanya.
00:39Bertindak atas maklumat yang diterima, polis berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 26 tahun.
00:46Hasil semakan mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau.
00:51Suspek utama direman selama tiga hari sehingga 18 Ogos, manakala dua lagi suspek direman sehari untuk membantu siasatan.
00:59Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Kesiksaan bagi kesalahan ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Kesiksaan kerana mendatangkan cedera.
01:07Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended