00:28JURU TERBANG
00:31Menurut Husin, suspek percaya berperanan membawa dadah keluar dari Malaysia ke beberapa destinasi berdasarkan jadual penerbangannya.
00:39Media sebelum ini melaporkan pasukan GSJN bertemu dan menyoal siasat juruterbang berkenaan di Jakarta dalam sesi yang pada asalnya dijadualkan
00:47pada Rabu dan Kamis sebelum dilanjutkan sehari sehingga Jumaat dengan kebenaran Polis Republik Indonesia.
00:52Suspek berusia 39 tahun itu ditahan di Terminal 3 Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang, Banten pada
01:0129 Julai lepas selepas tiba dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan MH727.
01:07Suspek ditahan kira-kira jam 11.30 malam selepas pegawai kustom Indonesia mengesan bagasi milik suspek mencurigakan menerusi imbasan sinar
01:15X sebelum mengarahkannya ke bilik pemeriksaan selepas bagasi dituntut.
01:19Pemeriksaan lanjut menemukan 14 bungkusan mengandungi 70,114 pil ekstasi seberat kira-kira 25 kilogram dalam bagasi berkenaan selain 4
01:30gram syabu dalam barang bawaannya.
Comments