00:00Iran menuduh Amerika Syarikat dan Israel sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap ketidakstabilan semasa di Selat Hormuz.
00:07Jurucakap Kementerian Luar Iran, Ismail Bahri berkata, Selat Hormuz beroperasi seperti biasa sebelum Amerika Syarikat dan Iran, Israel melancarkan apa
00:16yang disifatkannya sebagai operasi ketenteraan haram terhadap Iran.
00:21Kata beliau, kedua-dua negara itu turut menggunakan kawasan Selat Hormuz dan perairan sekitarnya untuk melancarkan serangan ke atas Iran.
00:28Bagai menegaskan, sebagai negara yang berkongsi pesisir pantai dengan Selat Hormuz, Iran mempunyai hak dan tanggungjawab untuk mengambil langkah yang
00:36perlu bagi melindungi keselamatan serta kepentingan negara.
00:40Beliau turut mengutuk sekatan maritim yang dikenakan oleh Amerika Syarikat yang menurutnya melanggar memorandum persefahaman yang telah dipersetujui sebelum ini.
00:48Meskipun berdepan tekanan dan halangan daripada Washington, Iran menyatakan rundingan dengan Oman masih berjalan secara konstruktif.
00:55Menurut Bagai, kedua-dua negara juga telah mencapai persetujuan mengenai skim pelayaran bagi laluan perkapalan yang melalui Selat Hormuz.
01:03Selat Hormuz merupakan laluan strategik yang menjadi nadi utama perdagangan tenaga global dengan sebahagian besar ekspor minyak dunia melaluinya setiap
01:11hari.
01:12Terima kasih telah menonton!
Comments