00:00Kerajaan perlu lebih bijak menyampaikan setiap usaha dan pembaharuan yang dilaksanakan agar ia dapat difahami serta dihayati oleh orang ramai.
00:08Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim mengakui, masih ada ruang untuk kerajaan memperbaiki pendekatan, termasuk dalam usaha memenangi jiwa rakyat.
00:18Semua angka-angka ekonomi menakjubkan, termasuk yang terakhir.
00:23Bayangkan, Malaysia dalam pengumuman Bank Negara semalam, unjuran terbaik kita 5% atau 5.8% tetapi unjurannya 6%
00:36untuk sepuluh tahun ini.
00:37Bayangkan, tetapi dia tidak dapat menangkap jiwa, memenangi jiwa rakyat.
00:52Bukan salah ibu mengandung, salah kita kerana kurang pintar menyampaikan dan mungkin ada hal-hal yang belum disempurnakan.
01:06Anwar pada masa sama menegaskan, pencapaian angka pertubuhan ekonomi tidak seharusnya menyebabkan kerajaan terlepas pandang realiti dan tekanan kos sara
01:15hidup yang masih dihadapi rakyat.
01:17Dalam menepani tekanan itu, Anwar berkata pertabirannya berani mengambil risiko menurunkan harga petrol ketika harga minyak dunia terus melambung.
01:27Usaha menangani kos sara hidup turut diterjemahkan melalui pelbagai dasar, termasuk meningkatkan peruntukan sumbangan tunai rahmah STR,
01:35kepada RM15 bilion setahun, serta pelaksanaan jualan rahmah madani.
01:40Kerajaan juga katanya memberi keutamaan kepada penambahbaikan pendapatan,
01:46antaranya menerusi semakan gaji penjawat awam serta penetapan gaji minimum RM3,100 di syarikat GLC dan GLIC.
01:55Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap tamah pada Kongres Nasional PKR ke-19 di Melaka pada Sabtu.
Comments