Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan seorang cedera selepas gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitud melanda timur Indonesia. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di Maumere, manakala amaran tsunami yang dikeluarkan sebelum ini telah ditarik balik.
Transcript
00:00Baik kembali ke perkembangan antarbangsa di mana sekurang-kurangnya dua orang maut selepas gempa bumi kuat berukuran 7.7 magnitude
00:07mengegarkan Timur Indonesia awal pagi Sabtu.
00:10Menurut Agensi Mitigasi Bencana Nasional Indonesia BNPB, kematian dan keceriraan itu dilaporkan di Kabupaten Sikah, Nusa Tenggara Timur yang merupakan
00:18antara kawasan paling teruk terjejas akibat bencana berkenaan.
00:21Pasukan Mencari dan Menyelamat Kini Giat Menjalankan Operasi Mengesan Mangsa serta memindahkan penduduk di Bandar Maumerek.
00:28Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofisik Indonesia BMKZ maklumkan gempa utama berlaku pada jam 4.58 pagi waktu tempatan pada kedalaman
00:36kira-kira 15km.
00:38Beberapa gegaran susulan turut direkodkan selepas gempa utama tersebut.
00:41Susulan kejadian itu, amaran tsunami telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa Indonesia.
00:45Bagaimanapun, amaran tersebut ditarik balik kira-kira 3 jam kemudian selepas ombak tsunami yang direkodkan di beberapa kawasan didabati kurang
00:53daripada 1 meter.
00:54BNPB berkata gegaran kuat dirasai di seluruh Nusa Tenggara Timur, Nusa Tenggara Barat dan sebahagian kawasan di Sulawesi Selatan.
01:02Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended