Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Polis mengesahkan mayat yang ditemukan dalam beg pakaian di Sungai Perak ialah seorang wanita berusia lingkungan 30-an. Identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan kes disiasat sebagai kes bunuh.
Transcript
00:00Bertemu kembali, polis mengesahkan mayat yang ditemukan dalam beg pakaian di Sungai Perak berhampiran JT Lembah Kuala Kangsar petang semalam
00:07merupakan seorang wanita.
00:09Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar SCP Hisham Harun, hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa berusia lingkungan 30
00:16-an namun identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti.
00:21Dalam satu kenyataan, beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki tempatan kira-kira 3.12 minit petang, maklumkan telah
00:28menjumpai mayat di dalam Sungai Perak berhampiran JT berkenaan.
00:32Katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan dihantar ke Hospital Taiping untuk tindakan selanjutnya.
00:38Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan punca kejadian masih dalam siasatan.
00:44Dalam pada itu, Hisham menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menimbulkan provokasi berkaitan kejadian tersebut.
00:52Beliau berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada
00:58Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar
01:00menerusi talian 05-776-2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Comments

Recommended