00:00Ketika ini kita sangat-sangat memerlukan Kongres ini dan kita hadir tanpa bertanya apa keperluannya
00:09tetapi kita tahu bahawa kita sangat memerlukan Kongres ini ketika ini saudara-saudari sekalian.
00:17Kita bersyukur kerana Kongres ini menemukan kembali rakan-rakan kita dari seluruh pelusuk negara.
00:27Saya dari naluri yang paling dalam ingin mengerakamkan ucapan terima kasih kerana saudara-saudari telah membuktikan
00:37pertama setia, kedua taat, ketiga yakin dengan perjuangan ini.
00:48Kesetiaan dan keyakinan saudara-saudari kepada perjuangan ini adalah nadi kepada parti
00:54kerana ketika ini kita memerlukan seluruh setiap tenaga untuk meneruskan perjuangan parti ini.
01:03Saudara-saudari yang dikasih sekalian, Kongres Nasional ini adalah pentas suara akar umbi.
01:10Ruang muhasabah merungkai pandangan dan kritik dan pertemuan penting untuk mengukuhkan kepimpinan akar umbi.
01:18Saudara-saudari ambil peluang ini untuk betul-betul menghadam ucapan semua pimpinan.
01:25Gunakan pentas ini untuk muhasabah jama'i, mengakui kelemahan, kekurangan dengan penuh kesedaran dan kerendahan jiwa.
01:34Perbahasan pewakilan harus menjadi saranan akar umput untuk terus memperteguhkan parti.
01:41Saudara-saudari, semua ucapan pimpinan harus dirangkul, dicanai menjadi agenda bertindak.
01:49Memperkukuh organisasi, memperhebat daya juang, melakar kekuatan baru dan seterusnya memenangi pilihan raya yang akan datang.
01:58Kita sudah tiada masa untuk hal yang remeh-temeh.
02:01Kita harus akui kelemahan, mendengar nurani rakyat, memberikan khidmat terbaik, bina semua kekuatan kita sebagai jurubicara rakyat.
02:14Rakan-rakan pimpinan, EMK, wanita, saya sangat yakin dan percaya bahawa perjuangan ini mesti teruskan.
02:26Kita mesti terus memberikan ruang untuk hulu balang-hulu balang baru memimpin dan memberikan ruang sepenuhnya.
02:33Fokus kepada kepimpinan parti, tegap berdiri siap-siaga dalam lembut jiwa pahlawan.
02:42Tidak mati langkah dikira, maju mundur tetap berlawan, lawan tetap, lawan sampai.
02:54Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Comments