00:00Harga minyak jatuh lebih satu dolar Amerika pada Khamis selepas beberapa badan unjuran menurunkan prospek permintaan minyak global bagi 2026.
00:09Susulan gangguan akibat perang AS dengan Iran walaupun kekangan bekalan berpunca daripada konflik itu mengehadkan penurunan harga.
00:18Niaga harapan brand susut $1.29 atau $1.5 kepada $87.69 setung, manakala minyak mentah West Texas Intermediate WTI
00:31Amerika turun $1.30 atau $1.6 kepada $81.97.
00:41Pertubuhan negara-negara pengekspor petrolium OPEC pada Rabu menurunkan unjuran pertumbuhan permintaan minyak dunia bagi 2026 kepada 580,000 tong
00:51sehari dalam laporan pasaran minyak bulanannya.
00:54Pada hari sama, Agensi Tenaga Antarabangsa IEA menjangkakan penggunaan minyak tahun ini menyusut 1.6 juta tong sehari berbanding unjuran
01:04pengurangan 1 juta tong sehari pada bulan lalu.
01:06IEA mengaitkan semakan itu dengan bekalan bahan api yang terhad dan harga lebih tinggi akibat Perang Amerika-Israel dengan Iran
01:15yang menjejaskan permintaan.
01:17Harga minyak turut tertekan selepas stok minyak mentah komersial Amerika meningkat secara tidak dijangka dan mencatat kenaikan mingguan terbesar sejak
01:26Januari 2023 ketika ekspor merosot.
01:29Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika, IEA melaporkan stok minyak mentah meningkat 17.4 juta tong kepada 424.4 juta tong bagi
01:40minggu berakhir 7 Ogos, paras tertinggi sejak 5 Jun berbanding jangkaan penganalisis untuk penurunan 1.4 juta tong.
01:48Bagaimanapun, kebuntuan rundingan antara Iran dan Amerika bagi menamatkan perang di Teluk terus mengekalkan harga minyak pada paras tinggi dengan
01:57kekangan bekalan akibat konflik menjadi faktor yang mengehadkan tekanan jualan.
02:03Terima kasih telah menonton!
Comments