00:00HE Group Berhad menerima surat hasrat atau LOI untuk membekal dan memasang sistem elektrik berkapasiti 275 kV bagi sebuah pusat
00:10data di Johor dengan nilai projek kira-kira RM47 juta.
00:14Kerja berkenaan akan dilaksanakan oleh Hexitek Engineering Sinan Berhad, anak syarikat milik penuh HE Group selepas menerima LOI bertarih 7
00:24Ogos 2026 untuk meneruskan projek berkenaan.
00:29Menurut HE Group, kontrak rasmi bagi projek itu dijangka dimutamatkan dan ditandatangani pada suku ketiga 2026.
00:37Pengumuman lanjut akan dibuat selepas kontrak rasmi dimeterai.
00:41Penerimaan LOI berkenaan membolehkan Hexitek Engineering meneruskan kerja berkaitan projek sementara menunggu kontrak rasmi dimutamatkan antara pihak terlibat.
00:51He Group bagaimanapun tidak mendedahkan nama pelanggan atau pemilik pusat data yang terlibat dalam projek tersebut.
00:58Sistem elektrik 275 voltan merupakan infrastruktur voltan tinggi yang diperlukan bagi menyokong keperluan bekalan elektrik berkapasiti besar untuk operasi pusat
01:09data.
01:09Setakat ini, HE Group telah memperoleh kontrak baharu kira-kira RM230 juta termasuk beberapa projek berskala kecil manakala pihak pengurusan
01:19menyasarkan nilai mencecah RM350 juta sepanjang tahun kewangan 2026.
01:25Buku tender semasa syarikat bernilai kira-kira RM1 bilion masih didominasi projek pusat data yang merangkumi sekitar 80% manakala
01:34selebihnya melibatkan projek semikonduktor dan sektor perindustrian lain.
Comments