00:00Sebanyak 606 unit pump kecemasan mudah alih pelbagai spesifikasi telah ditempatkan di seluruh negara melibatkan aset Jabatan Pengairan dan Saliran
00:11JPS dan sedia digerakkan mengikut keperluan semasa bagi menghadapi fenomena El Nino.
00:16Menurut JPS dalam satu kenyataan, langkah itu diambil sebagai sebahagian daripada tindakan kesiapsiagaan operasi di lapangan apabila paras air sungai
00:26atau empangan menurun ke tahap kritikal.
00:32Aset permuda alih berkenaan berfungsi menyalurkan bekalan air ke kawasan pertanian, skim pengairan, serta kawasan yang mengalami gangguan bekalan air
00:39selain menyokong operasi pemadaman kebakaran hutan dan tanah kambut bersama Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia, serta agensi berkaitan.
00:46JPS turut menyelaras penggunaan aset secara bersepadu melibatkan aset persekutuan, kerajaan negeri dan agensi pengurusan becana negara NADMA, serta memperluas
00:55bantuan teknikal kepada kawasan pembangunan pertanian bersepadu dan agensi lain mengikut keperluan semasa.
01:00Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi tinjauan cuaca jangka panjang yang dikemas kini pada 29 Julai lepas menjangkakan fenomena El
01:08Nino berterusan sehingga awal 2027.
01:11Keadaan itu dijangka menyebabkan taburan hujan lebih rendah di beberapa kawasan di pantai barat, timur dan selatan semenanjung Malaysia, bahagian
01:17tengah hingga barat Sarawak, serta timur sabah sekaligus meningkatkan risiko kemarau dan tekanan terhadap sumber air negara.
01:24Selain itu, JPS memaklumkan telah bertindak memantau 56 empangan di seluruh negara bagi memastikan kelancuran pengurusan sumber air secara bersepadu,
01:32pengairan pertanian dan tempatan banjir yang berteraskan wawasan dasar air negara dan arahan NADMA No.1 tahun 2024.
Comments