00:00Dalam perkembangan berkaitan lembaga tabung haji TH, disaran mengumumkan prestasi kewangan dan pelaburannya setiap suku tahun, seperti dilaksanakan kumpulan wang
00:10simpanan pekerja KWSP.
00:12Menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd Afzal Nizam Abdul Rashid, ia sebagai antara langkah memperkukuh ketelusan
00:19dan meningkatkan keyakinan pendeposit.
00:25Jelas Afzal Nizam pendekatan itu akan membolehkan pendeposit mengikuti dan menilai prestasi kewangan TH secara berkala, selain mendapat gambaran lebih
00:34jelas mengenai pengurusan dana institusi berkenaan.
00:37Mohd Afzal Nizam berkata perkongsian maklumat yang lebih konsisten juga penting dalam membina keyakinan pendeposit terhadap institusi itu.
00:45Beliau berkata keyakinan terhadap TH penting memandangkan institusi itu mempunyai kira-kira 9.8 juta pendeposit serta mempunyai kaitan dengan
00:54sistem kewangan dan pasaran modal negara.
00:57Katanya, TH seperti syarikat pelaburan berkaitan kerajaan GLIC lain merupakan antara pemain utama dalam pasaran modal termasuk pasaran bon dan
01:05saham yang turut mempunyai hubungan dengan sistem perbenkan.
01:09Sehubungan itu, keupayaan tabung haji untuk mengumumkan dividen itu semakin mengukuh.
01:14Pada 29 Julai lepas, laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI mengenai TH mengeluarkan laporan setebal 211 halaman berhubung siasatan terhadap pengurusan
01:25dan operasi institusi berkenaan bagi tempoh 2014 sehingga 2020.
Comments