Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Desakan dibuat susulan penjelasan bahawa simbol bulan dan bintang pada Jalur Gemilang yang tidak lengkap didakwa tertanggal akibat masalah jahitan.
Transcript
00:00Ketua Pemuda UMNO, Dato' Muhammad Akmal Saleh, mendesak Menteri Besar Terengganu, Dato' Suri Ahmad Samsuri Mokta, mengemukakan bukti bagi menyokong
00:08penjelasan berhubung insiden jalur gemilang yang tidak lengkap.
00:12Ia sesulai penjelasan bahawa simbol bulan dan bintang pada bendera berkenaan tertanggal akibat masalah jahitan.
00:20Akmal berkata, sekiranya penjelasan itu benar, kesan jahitan sepatutnya masih dapat dilihat pada bendera berkenaan.
00:27Beliau mahu bukti tersebut ditunjukkan kepada umum bagi menjelaskan keadaan sebenar dan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.
00:36Jika tak ada, saya minta Yang Mak Berhormat Menteri Besar Terengganu untuk ambil tindakan yang sangat tegas kepada siapa yang
00:43menggantung bendera ini.
00:45Kalau dia tahu bendera itu memang dah tak ada bulan dan bintang dan bendera itu cacat, kenapa bendera itu digantung?
00:50Sebab apa? Saya nak beritahu, untuk soal kedaulatan bendera ini, jangan kita pernah main-main.
00:56Bagaimana prinsip saya tetap tegas? Yang berlaku di Penang, apabila bendera ini diterbalikkan secara sengaja, walaupun hujung bendera itu dijahit,
01:05tapi diterbalikkan secara sengaja, dikibarkan dan diminta rekod secara sengaja.
01:10Sengaja kan? Saya nak beritahu. Yang mana hari ini saya sedang menghadapi kes untuk lawan dengan mereka ini di Penang.
01:16Masih lagi berjalan.
01:18Akmal menegaskan, pendiriannya dalam isu di Terengganu adalah sama seperti ketegasannya dalam kes melibatkan jalur gemilanti Pulau Pinang.
01:26Beliau mahu tindakan diambil sekiranya wujud unsur sabotaj atau sekiranya pihak yang bertanggungjawab,
01:32sengaja menggantung bendera yang sudah diketahui tidak lengkap.
01:36Terdahulu, tular agama video di media sosial memaparkan sehelai jalur gemilang dikibarkan di dataran batu buruk tanpa lambang bulan dan
01:44bintang,
01:45sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Comments

Recommended