00:00Iran menyiarkan rakaman video baharu pemimpin agungnya, Mujtaba Khamini selepas timbul laporan yang mendakwa beliau berada dalam keadaan kritikal.
00:10Rakaman yang disiarkan oleh agensi berita Sparazmi Mir itu menunjukkan Mujtaba dikelilingi beberapa individu sambil berbual dengan mereka dalam suasana
00:19yang kelihatan santai.
00:23Bagaimanapun, Meher tidak mendedahkan bila dan di mana rakaman tersebut dibuat selain tidak memperincikan identiti individu yang berada bersama beliau.
00:31Penyiaran video itu dilihat sebagai usaha menepis spekulasi yang tersebar sejak kebelakangan ini mengenai keadaan kesihatan pemimpin tertinggi Iran tersebut.
00:40Menurut laporan Meher pada Ahad, Mujtaba sebelum ini mengadakan pertemuan dengan Presiden Iran Mas'ud Pesekian yang kini memasuki tahun
00:47ketiga pentadbirannya.
00:48Laporan itu menyatakan kedua-dua pemimpin membincangkan beberapa isu utama yang sedang dihadapi negara berkenaan.
00:55Antara perkara yang disentuh termasuk cabaran kuasa hidup rakyat, konflik ketenteraan dengan Amerika Syarikat, serta usaha memperkukuh kerjasama ekonomi dengan
01:03rakan dagang luar.
01:05Mujtaba dipilih sebagai pemimpin agung Iran pada awal Mac lalu selepas bapanya Ali Khamenei terkorban dalam serangan udara bersama Amerika
01:13Syarikat dan Israel pada 28 Februari lalu.
01:16Sejak pemilihannya, beliau jarang muncul di halayak ramai sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai keadaan kesihatan dan pergerakannya.
01:25Rakaman terbaru itu merupakan antara penampilan visual paling jelas beliau sejak mengambil alih kepimpinan tertinggi negara itu.
01:32Terima kasih telah menonton!
Comments