Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Menerusi hantaran Facebook sempena Hari Orang Asal Sedunia 2026 hari ini, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata usaha memartabatkan masyarakat itu perlu bergerak seiring dengan pembangunan negara tanpa menyebabkan bahasa, adat atau pengetahuan tradisional semakin terpinggir.
Transcript
00:00Warisan masyarakat orang asal bukan sekadar milik komuniti itu, sebaliknya sebahagian daripada kazanah dan identiti Malaysia yang perlu terus dipelihara.
00:10Menerusi hantaran Facebook Sempena Hari Orang Asal Sedunia 2026 pada Ahad, Menteri Perpaduan Negara Dato' Aaron Agodagang berkata usaha memartabatkan
00:19masyarakat itu perlu bergerak seiring dengan pembangunan negara tanpa meminggirkan bahasa, adat atau pengetahuan tradisional.
00:30Aaron berkata kemajuan negara perlu membuka lebih banyak ruang kepada generasi orang asal untuk maju dalam pendidikan, ekonomi dan kepimpinan
00:38tanpa kehilangan akar budaya serta jati diri mereka.
00:41Katanya Malaysia bertuah kerana memiliki masyarakat orang asal yang menjadi sebahagian penting sejarah dan identiti negara.
00:49Jelas Aaron bahasa, seni, adat, pengetahuan tradisional, hubungan dengan alam serta nilai kehidupan yang diwariskan daripada satu generasi kepada generasi
01:01seterusnya memperkaya identiti Malaysia.
01:04Ujah beliau pada peringkat dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB turut mengiktiraf masyarakat peribumi sebagai pewaris dan pengamal budaya serta
01:14sistem pengetahuan yang unik termasuk dalam pemeliharaan alam sekitar dan biodiversiti.
01:21Sempena hari orang asal sedunia, Aaron menyeru semua pihak memperkukuh komitmen untuk menghormati identiti, mengangkat martabat dan menghargai sumbangan masyarakat
01:31itu kepada negara.
Comments

Recommended