00:00Sektor swasta digesa memperluas peluang kerjaya kedua kepada veteran tentera selepas menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia ATM.
00:10Penaung Kempin Tabung Pahlawan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata sektor itu memainkan peranan dalam memastikan veteran tentera
00:17mendapat peluang untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan negara selepas menamatkan perkhidmatan.
00:25Beliau turut menyeru lebih banyak pihak menyumbang kepada Kempin Tabung Pahlawan dan Persatuan Veteran di bawah Jabatan Hal Ihwal Veteran
00:33ATM.
00:34Dr. Wan Azizah berkata sumbangan yang diterima akan dimanfaatkan untuk kebajikan dan kesejahteraan veteran tentera serta waris mereka.
00:43Beliau berucap pada majlis penutup My Heroes Golf Championship Cup 2006, MyGCC 2006, Anjuran Persatuan Veteran Tentera Laut di Raja
00:53Malaysia di Seri Kembangan pada Ahad.
00:56Sebanyak RM220,000 berjaya dikutip daripada 8 syarikat swasta menerusi penganjuran MyGCC 2006 sempena Kempin Tabung Pahlawan.
01:06Sumbangan yang dikumpulkan turut dimanfaatkan bagi membantu ribuan veteran dan waris mereka dalam aspek kelangsungan hidup, perubatan serta pendidikan anak
01:16-anak.
Comments