00:00Malaysia memerlukan pendekatan menyeluruh masyarakat yang lebih kukuh bagi menangani penyalahgunaan dadah dalam kalangan kanak-kanak.
00:08Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thai berkata isu itu perlu ditangani secara bersama oleh keluarga, sekolah, komuniti dan pihak
00:15berkuasa.
00:18Beliau menyifatkan peningkatan penglibatan kanak-kanak berusia antara 10 hingga 14 tahun dalam penyalahgunaan dadah sebagai satu perkembangan yang amat
00:27membimbangkan.
00:27Menurut beliau pelbagai faktor menyumbang kepada masalah itu termasuk masalah keluarga, pengaruh rakan sebaya, persekitaran tidak sihat, tekanan emosi dan
00:37pengaruh pihak yang lebih berusia.
00:40Katanya pendekatan penjagaan perlu merangkumi penglibatan aktif ibu bapa, program berasaskan sekolah, kaunseling, sokongan kesihatan mental dan pemantauan komuniti.
00:50Tegas Lam Thai tanggungjawab menangani isu itu tidak boleh diletakkan sepenuhnya di bahu ibu bapa kerana sesetengah keluarga juga memerlukan
00:59bantuan dan sokongan.
01:01Beliau berkata sekolah perlu memperkukul usaha pengesanan awal dengan melengkapkan guru dan kaunselor dengan pengetahuan untuk mengenalpasti tanda-tanda amaran
01:09awal.
01:10Pendidikan berkaitan dadah juga perlu memberi tumpuan kepada kemahiran menolak pengaruh negatif, membuat keputusan yang tepat dan mendapatkan bantuan apabila
01:19diperlukan.
01:21Beliau turut menggesa agensi anti dadah kebangsaan, polis, sekolah, pihak berkuasa, kesihatan dan organisasi komuniti mempergiatkan program penjagaan di kawasan
01:31berisiko.
01:31Tambahnya, intervensi awal jauh lebih berkesan berbanding menunggu sehingga kanak-kanak terjejas dengan ketagihan dan memerlukan rawatan pemulihan.
Comments