00:00Sekurang-kurangnya 21 orang maut manakala 37 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua bas penumpang di barat Niger pada Jumaat.
00:10Kemalangan itu dilaporkan berlaku di Jalan Maradi Madua, kira-kira 55km dari Bandar Madua.
00:20Pasukan penyelamat dan pihak berkuasa tempatan digerakkan ke lokasi bagi memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa yang terlibat.
00:28Siasatan dilancarkan bagi menentukan punca sebenar kemalangan itu.
00:33Insiden berlaku ketika pihak berkuasa Niger sedang mempergiat kempen kesedaran keselamatan jalan raya susulan kadar kemalangan yang tinggi di negara
00:42berkenaan.
00:43Menurut data agensi keselamatan jalan raya Niger, lebih 7,100 kemalangan direkodkan sepanjang 2025.
00:51Daripada jumlah itu, lebih 1,200 orang terkorban manakala lebih 4,400 lagi mengalami kecederaan parah.
Comments