00:00Kerajaan memberi tempoh beberapa bulan kepada pengendali platform media sosial untuk meneliti dan melaksanakan sepenuhnya kod perlindungan kanak-kanak dan
00:09kod pengurusan risiko.
00:11Menteri Komunikasi Dato' Sri Fahmi Fadhil berkata kedua-dua kod berkenaan bertujuan memastikan platform media sosial tidak menjadi lubuk kepada
00:19pelbagai bentuk jenayah termasuk penipuan, perjudian dalam talian, buli saibah dan jenayah lain.
00:26Beliau menegaskan apabila kedua-dua kod berkenaan beroperasi sepenuhnya, pengendali platform yang gagal mematuhinya boleh berdepan tindakan mahkamah beserta denda
00:36pada kadar yang sangat tinggi.
00:38Telah dimaklumkan kepada semua pengendali platform media sosial. Mereka diberikan sedikit masa untuk meneliti dan mengubahsuai sistem masing-masing kerana
00:51kod CPC dan RMC ini fungsinya adalah untuk pastikan sistem ataupun platform itu tidak menjadi lubuk jenayah dan bentuk-bentuk
01:03jenayah yang tertentu.
01:04Sama ada skam, judi dalam talian, buli saibah dan juga jenayah-jenayah yang lain.
01:12Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC, sudah mengadakan perbincangan dengan pengendali platform media sosial
01:22di Singapura termasuk YouTube bagi memastikan mereka menerima pakai kedua-dua kod berkenaan.
01:27Dalam pada itu, Fahmi menambah isu keupayaan moderasi kandungan dalam bahasa tertentu turut menjadi perhatian khususnya apabila platform media sosial
01:37semakin bergantung kepada kecerdasan buatan AI bagi melaksanakan proses perkenaan.
01:43Beliau berkata kegagalan sistem AI memahami nuasa bahasa tertentu boleh menyebabkan kandungan berbentuk buli saibah atau jenayah lain berleluasa termasuk
01:53dalam komuniti India berbahasa Tamil.
Comments