00:00Tiga maut manakala lebih enam yang lain cedera dalam kejadian tembak kerambang di sebuah pusat beli belah di Twin Falls,
00:06Idaho, Amerika Syarikat, Sabtu lalu.
00:08Rekaman CCTV dan kamera badan penguatkuasa menunjukkan kejadian itu berlaku di pusat beli belah berkenaan.
00:14Polis memaklumkan suspek Chad Williams, 24 tahun, meninggal dunia akibat luka tembakan yang dilepaskan sendiri.
00:21Ketua polis Twin Falls Matthew Hicks berkata suspek dipercayai bertindak seorang diri.
00:26Menurut polis, selepas Williams mula melepaskan tembakan, seorang anggota polis negeri yang tidak bertugas dan seorang orang awam bertindak melepaskan
00:34tembakan balas ke arah suspek.
00:36Tindakan itu membantu menghentikan serangan berkenaan.
Comments