00:00Program Government-Link Enterprises Activation and Reform Program atau GEAR UP diwujudkan bagi memastikan modal domestik terus berkembang dan mencipta
00:09nilai berkekalan kepada negara.
00:11Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, nilai sebenar pelaburan bukan sekadar diukur melalui kemasukan modal, tetapi menerusi
00:20impak jangka panjang termasuk pembangunan keupayaan syarikat, penciptaan pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi.
00:26Menurut beliau, sejak dilancarkan pada 2024, GEAR UP memberi tumpuan kepada usaha mengembeleng modal tempatan bagi menyokong agenda pembangunan negara.
00:36Program itu melibatkan enam syarikat pelaburan berkaitan kerajaan GLIC dan 37 syarikat berkaitan kerajaan GLC yang melaburkan semula simpanan rakyat
00:48untuk memacu pertumbuhan ekonomi serta merangsang penyertaan sektor swasta.
00:52Tegas beliau, GEAR UP memberi keutamaan kepada pembangunan ekosistem pembiayaan dengan menyokong pengurus dana dan usahawan tempatan.
01:02Pada 2025, jumlah modal yang diperuntukkan dan disalurkan menerusi program itu meningkat hampir tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
01:11Dalam tempoh sama, portfolio syarikat di bawah GEAR UP mencatat pulangan keseluruhan kepada pemegang saham sebanyak 8%.
01:18Beliau berkata kejayaan program itu bukan hanya diukur berdasarkan jumlah pelaburan yang disalurkan, sebaliknya melalui manfaat yang dirasai rakyat termasuk
01:29peluang pekerjaan berkualiti, gaji kehidupan wajar, penempatan keraduan serta pertumbuhan syarikat bumi putera.
01:36Terima kasih telah menonton!
Comments