00:00Baik, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan GLIC dan Syarikat Berkaitan Kerajaan GLC telah menaja purata 6,460 pelajar Bumi Putra setiap
00:11tahun untuk melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara bagi tempoh 2020 hingga 2025.
00:19Menurut Kementerian Kewangan, melalui laporan kemajuan program pengaktifan dan reformasi syarikat berkaitan kerajaan GEARUP, jumlah itu mewakili 86% daripada
00:29keseluruhan penerima beasiswa dengan nilai tajaan purata 170 juta ringgit setahun.
00:34Antara penyumbang utama ialah Pemodalan Nasional Berhad PNB yang memperuntukkan RM42 juta bagi beasiswa pendidikan tahun lalu melibatkan 1,222
00:45pemegang beasiswa aktif termasuk 480 penuntut pengajian tinggi dan 87 pelajar TVED.
00:52Selain pembangunan bakat, laporan itu turut menunjukkan kejayaan pelbagai program permegasaan keusahawanan Bumi Putra dalam meningkatkan taraf ekonomi peserta.
01:01Antaranya ialah Program Permegasaan Usahawan Wira Kendalian Lembaga Tabung Angkatan Tentera LTAT yang menyasarkan veteran Angkatan Tentera Malaysia daripada kumpulan
01:12B40.
01:13Bagi Kohort pertama 2024-2025, melibatkan 70 veteran peserta mencatat peningkatan purata pendapatan pulanan sebanyak 216% manakala 100%
01:24peserta merekodkan peningkatan pendapatan.
01:26Lebih membanggakan, 9 daripada setiap 10 peserta berjaya keluar daripada kategori pendapatan B40 selepas mengikuti program berkenaan.
01:36Laporan itu turut memaklumkan institusi kewangan seperti Maybank, CIMB Group, RHB Bank dan Bank Islam terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi
01:45memperkasa usahawan Bumi Putra melalui program pembangunan kemahiran, pembiayaan dan keusahawanan.
01:52Terima kasih telah menonton!
01:52Terima kasih telah menonton!
Comments