00:00Singapura bersedia melaksanakan langkah tindak balas sekiranya jerebu rentas sempadan menjejaskan kualiti udara negara itu ketika rantau selatan ASEAN mula
00:09memasuki musim kering.
00:11Menteri Kemampanan dan Alam Sekitar Grace Fu berkata agensi kerajaan di bawah pasukan petugas jerebu yang dipengelusikan Agensi Alam Sekitar
00:19Kebangsaan NEA bersedia melaksanakan pelan tindakan masing-masing sekiranya kualiti udara terjejas akibat jerebu rentas sempadan.
00:29Menurutnya keutamaan ketika ini adalah untuk melindungi kesihatan orang ramai khususnya golongan rentan serta memastikan kehidupan harian dan perkhidmatan penting
00:38dapat diteruskan seperti biasa.
00:41Kata beliau pihaknya telah memastikan stok simpanan pelitup muka negara mencukupi manakala sekolah, prasekolah serta kemudahan kediaman dan perjagaan dilengkapi
00:50dengan alat penapis udara.
00:51Pusat Meteorologi Khusus ASEAN ASMC pada Isnin mengaktifkan amaran tahap dua bagi rantau selatan ASEAN yang menunjukkan peningkatan risiko jerebu
01:02rentas sempadan.
01:04Beliau berkata kementeriannya telah mempergiat usaha komunikasi awam berikutan peningkatan risiko jerebu rentas sempadan menjejaskan Singapura.
01:12NEA akan terus berkerjasama dengan media bagi menyokong pelaporan tepat mengenai kualiti udara dan nasihat kesihatan supaya sekolah, majikan serta
01:23orang ramai mendapat maklumat mencukupi selain dapat mengambil tindakan sewajarnya.
01:28Terima kasih telah menonton!
Comments