Selamat berehat, Cik Man. Pengebumian pelakon veteran Kamarool Yusoff, 68, diiringi suasana hiba kira-kira 500 ahli keluarga, rakan-rakan seni dan orang ramai di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gual Petai Lima, Tanah Merah, Kelantan.
Turut hadir pelawak Amir Raja Lawak, Atu Zero, Mamak Puteh dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud
Menurut isterinya, Norliza Mohd Aduni, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tanah Merah selepas mengadu keletihan sejak dua hingga tiga minggu lalu. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Video: Ihsan Sinar Harian
Muzik: Alice in Winter Departure
#cikman #faroukgagakhitam #seniman #sinarplus #lifestylesinarharian #fypシ #fyp