Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Rondaan darat dan udara dipertingkat, sekatan kawasan hutan dilaksanakan serta pasukan penyiasat ditugaskan menyiasat punca kebakaran berhampiran Athens yang berjaya dikawal.
Transcript
00:00Pihak berkuasa Greece mengeluarkan amaran merah bagi wilayah Atika, Viocia dan Evia pada Khamis, susulan risiko kebakaran hutan yang disifatkan
00:08sebagai sangat tinggi.
00:10Sekretariat Agung bagi pelindungan awam di bawah Kementerian Krisis Iklim dan pelindungan awam menaikkan tahap risiko kebakaran hutan kepada kategori
00:172 pada 6 Ogos di ketiga-tiga wilayah itu termasuk Ibu Negara, Athens.
00:25Susulan amaran itu, mekanisme pelindungan awam kebangsaan akan beroperasi pada kapasiti penuh, mana kelepasukan bomba, polis dan tentera akan menjalankan
00:32rondaan darat serta udara.
00:34Sekatan pencegahan turut akan dikenakan takda pergerakan kenderaan dan pelawat di kawasan hutan serta lokasi lain yang berisiko.
00:40Pihak berkuasa menggesa penduduk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh mencetuskan kebakaran. Amaran itu dikeluarkan ketika anggota bomba berjaya mengawal kebakaran
00:48hutan berhampiran koropi di Tenggara Athens pada Rabu.
00:51Menurut perkhidmatan bomba, kebakaran itu tercetus di kawasan semak di Dregia kira-kira 1.45 tengah hari waktu tempatan.
00:58Sekurang-kurangnya 52 anggota bomba termasuk 3 unit komando hutan khas serta 14 kenderaan dikerahkan ke lokasi.
01:05Empat helikopter dan dua pesawat pemadam kebakaran turut menyertai operasi itu manakala sebuah lagi helikopter menyelaraskan operasi dari udara.
01:12Pihak berkuasa tempatan membantu operasi berkenaan dengan menyediakan lori tangki air sementara pusat operasi memantau kebakaran menggunakan drone yang dilengkapi
01:20kamera, terma dan optik.
01:22Pasukan pejahsat kebakaran ditugaskan untuk menentukan punca kebakaran.
Comments

Recommended