Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Gelombang haba luar biasa di Korea Selatan mencatat suhu rekod 42.5 darjah Celsius, mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang dan menyebabkan lebih 2,000 kes penyakit berkaitan haba sejak Mei.
Transcript
00:00Korea Selatan sedang bergelut dengan gelombang haba yang luar biasa selepas suhu mencecah paras tertinggi pernah direkodkan mengakibatkan sekurang-kurangnya
00:0819 kematian serta mencetuskan amaran cuaca ekstrim di seluruh negara.
00:12Menurut Agensi Meteorologi Korea, suhu maksimum 42.5 darjah Celsius direkodkan di Bandar Yangsan di Tenggara Negara itu pada had
00:21menjadikannya suhu tertinggi sejak rekod meteorologi modern mula disimpan pada 19.04.
00:30Yangsan yang terletak dalam kawasan lembangan dan dikelilingi pergunungan telah mencatat suhu melebihi 40 darjah Celsius selama beberapa hari berturut
00:38-turut dengan keadaan geografi tempatan suatu corak tekanan tinggi atmosfera dikenal pasti sebagai faktor utama yang menyumbang kepada cuaca panas
00:46melampau itu.
00:47Presiden Korea Selatan Lee Jae-myung menyifatkan gelombang haba berkenaan sebagai pencana negara dan mengarahkan pihak berkuasa mempergiat usaha melindungi
00:55penduduk khususnya gulungan rentan seperti warga emas, kanak-kanak dan mereka yang bekerja di luar bangunan.
01:00Data Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea menunjukkan sekurang-kurangnya 19 kematian dikaitkan dengan cuaca panas setakat ini manakala lebih
01:082,000 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan sejak pertengahan mi.
01:12Majoriti kematian melibatkan warga emas berusia 80 tahun ke atas.
01:17KMA turut mengeluarkan amaran gelombang haba yang teruk untuk Seoul dan kawasan sekitarnya iaitu kali pertama amaran sedemikian dikeluarkan di
01:25bawah sistem baru yang diperkenalkan tahun ini bagi menangani peningkatan suhu akibat perubahan iklim.
01:30Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai menghentikan aktiviti luar, mendapatkan pelindungan di tempat buah hawa dingin serta memastikan pengambilan air yang
01:38mencukupi bagi mengelakkan risiko suruh haba dan masalah kesihatan lain.
Comments

Recommended