00:00Seterusnya harga minyak meningkat sedikit pada selasa selepas menjunam pada sesi sebelumnya
00:04berikutan kebimbangan bekalan dari Asia Barat masih berdepan risiko.
00:09Kontrak hadapan brand untuk bulan terdekat meningkat RM62 atau 0.7% kepada RM84.39 setung
00:20selepas susut 7% pada sesi sebelumnya ke paras terendah dalam tempoh 3 minggu.
00:27Harga minyak susut selepas Presiden Donald Trump pada ahad memaklumkan penangguhan serangan baru ke atas Iran
00:32sementara menunggu hasil rundingan yang sedang berlansung lagi menamatkan perang antara kedua-dua negara
00:37serta menyelesaikan pertikaian berhubung kawalan di Selat Hormuz.
00:42Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar Iran Ismail Bagai pada Isnin menafikan dakwaan Trump
00:46dengan menjelaskan tiada rundingan sedang berlansung antara Iran dan Amerika
00:50serta tiada sebarang mesyuarat yang dijadualkan.
00:53Ketua Penganalisis Pasaran KCM Trade Tim Walterer berkata tekanan terhadap harga minyak berkurangan
00:59susulan keputusan Trump menangguhkan serangan ke atas Iran dan menyatakan hasrat kembali ke meja rundingan.
01:05Bagaimanapun, beliau berkata penurunan harga itu masih rapuh dan harga minyak boleh kembali meningkat
01:10jika serangan peluru berpandu berulang atau kapal tangki di sekitar Selat Hormuz sekali lagi menjadi sasaran.
01:16Laporan menunjukkan ekspor bersih minyak mentah dan produk petrolium bertapis
01:21yang melalui Selat Hormuz bagi minggu berakhir 31 Julai
01:24mencatatkan purata 4.2 juta tung sehari
01:27berbanding 3.2 juta tung sehari pada minggu sebelumnya.
01:31selamat menikmati
Comments